Isnin, 12 April 2010

alhuda. resources - Wadah Ilmu Islam Masyarakat Muslim

Jika kita bertanya, "Siapakah yang boleh memberitahu saya tentang bagaimana membaca al-Quran dengan betul?" atau "Apakah hukumnya menunda waktu solat kerana mengurus kedai?", maka sudah barang tentu kita berhajat kepada seseorang yang mengetahui tentang ilmu Tajwid atau ilmu Fekah. Jika kita beramal tanpa mengetahui hukumnya sudah barang tentu kita akan tersesat di dalam kejahilan. Kesesatan yang sudah barang tentu pula akan menunda kita ke pintu kemurkaan Ilahi.

Maka mempelajari ilmu agama kita adalah mesti dan wajib ke atas setiap kita. Namun dek kerana kesibukan menguruskan kehidupan seharian yang terdiri daripada urusan-urusan seperti urusan pekerjaan yang biasanya bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, urusan anak-anak dari segi manghantar mereka ke sekolah serta penyediaan makan minum dan lain-lain lagi telah memalingkan hati kita daripada melihat keperluan amalan agama kita sendiri. Jika keadaan seperti ini berterusan sehingga ke umur pencen sudah barang pasti kita telah melalui satu tempoh kehidupan dunia yang amat merugikan dan sia-sia - walaupun kita mungkin berkata saya menunaikan tanggungjawab keluarga sepanjang tempoh ini. Kita pada hakikatnya telah rugi kerana tempoh kemudaan - yang bermula dari usia 15 tahun hingga 50 tahun - telah kita gunakan hampir keseluruhannya untuk menunaikan tanggungjawab keduniaan kita. Manakala untuk tanggungjawab kerohanian diri sendiri ternyata amat-amat sedikit - itupun hanya sekadar solat fardhu selama lebih kurang 25 minit sahaja sehari. Maka adakah masa ibadah yang sesingkat itu sudah cukup buat memperbaharui dan membina hubungan kita dengan Tuhan? Adakah ibadah dengan masa sesingkat itu dapat memberi kita kekuatan iman di dalam mendepani dugaan hidup ini? Adakah kita sudah berasa bahawa Tuhan sudah suka kepada kita dengan hanya melihat kita menjinjing amalan yang sebanyak itu tatkala kita dihadapkan di hadapan-Nya pada Hari Kebankitan kelak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan