Anak-anak adalah amanah. Cara hidup mereka dicorak oleh ibubapa. Ibubapalah yang menjadikan mereka muslim atau Kristian atau Yahudi atau Majusi. Zaman yang kita sedang hadapi sekarang ialah zaman penghujung bagi kehidupan manusia. Pada zaman ini segala bentuk kemungkaran dan keingkaran kepada Allah ta'ala timbul, subur dan bermaharajalela. Setiap individu terlibat di dalam penderhakaan. Tidak kira siapa. Hanya mereka yang dikehendaki Allah sahaja yang terselamat. Dan anak-anak ialah mangsa paling jinak untuk dipengaruhi. Di hadapan mata kita dapat kita lihat anak-anak yang sifat semulajadinya bersih, taat dan lembut bertukar menjadi tercemar, ingkar dan tidak beradab. Ini terjadi apabila mereka terdedah dengan alam persekolahan yang sistemnya disusun agar umat menjadi daripada Allah dan Rasulnya. Anak-anak yang menjadi muslim yang baik hanya segelintir, suatu jumlah yang hanya boleh dihitung menggunakan jari. Alam persekitaran dan pergaulan termasuk media yang secara tidak bersembunyi memadam cahaya agama dari muka umat Islam. Kita semua perlu sama-sama berusaha dengan apa jua cara untuk memastikan anak-anak kita membesar di dalam roh agama mereka sehingga dewasa.
alhuda.resources dengan ini mewujudkan sebuah entiti pendidikan agama untuk anak-anak muslim, sebuah kelas belajar al-Quran yang dinamakan 'Kelas Belajar al-Quran Raudhatul Huda' di Dewan Surau Kg Belah Dua, Permatang Pauh. Ia menyediakan pelajaran Iqra dan al-Quran, Tajwid, Fardhu Ain dan Bahasa Arab kepada kanak-kanak. Jika anda orang yang memberatkan pendidikan dan cara hidup beragama maka sudah tentu tidak sukar bagi anda mebelanjakan sedikit wang demi anak-anak. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di talian 019 4608857. Anak-anak ialah amanah dan pelaburan akhirat kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan