Khamis, 27 Mei 2010

Belajar Al-Quran dan Fardhu Ain Di Rumah

Ilmu agama khususnya ilmu Al-Quran amat penting di dalam kehidupan setiap Muslim. KIta tidak dapat membayangkan bagaimana seorang Muslim boleh mengemudi bahtera kehidupannya tanpa iman dan ilmu. Dan segala kemungkaran yang terpampang di hadapan realiti kehidupan pada masa ini berpunca dari kelunturan iman dan kedangkalan ilmu agama. Muslim pada hari ini sibuk dengan sebenar-benar sibuk dengan urusan dunianya. Mereka tidak lagi memikirkan keperluan iman dan amal yang bakal menentukan kejayaan di dalam kehidupan yang satu lagi.

Justeru itu setiap Muslim harus mencari jalan mempersiapkan diri dengan iman dan ilmu. Di sini, di alhuda.resources kami menyediakan perkhidmatan mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain untuk sesiapa sahaja di rumah-rumah. Bagi sesiapa yang inginkan lebih privacy dan tumpuan kaedah ini amat sesuai. Jika anda tinggal di kawasan B Mertajam sila hubungi talian 019 4608857 untuk keterangan lanjut.

Majlis Ilmu dan Tazkirah Di Pejabat / Premis

Manusia perlu mengingati Allah dan akhirat pada sebilang masa dan tempat. Sebagaimana mafhum sebuah hadis bahawa orang yang cerdik itu ialah dia yang mengingati mati dan membuat persiapan untuk mati. Maka ternyata orang yang cerdik itu bukanlah orang yang berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda atau kedoktoran dan sebagainya.

Seorang muslim yang baik sentiasa mengingati Tuhannya dan mendorong orang lain mengingati Tuhannya. Alangkah baiknya jika di tempat-tempat di mana manusia berhimpun diadakan majlis-majlis yang ringkas tetapi berisi dengan ilmu dan ingatan kepada Allah. Samada sebelum memulakan langkah bagi hari yang baharu atau setelah selesai segala urusan pada hari tersebut. Pelabat dan premis pekerjaan kadangkala ada yang sesuai untuk diadakan majlis seumpama ini dengan tujuan untuk menambah ilmu atau memperbaharui ingatan kepada Tuhan.

alhuda.resources menyediakan perkhidmatan mengadakan Majlis Ilmu Dan Tazkirah Di Pejabat Dan Premis di kawasan Bukit Mertajam, P Pinang. Bagi yang berminat sila hubungi talian 019 4608857.

Khamis, 6 Mei 2010

Kelas Belajar al-Quran Raudhatul Huda

Anak-anak adalah amanah. Cara hidup mereka dicorak oleh ibubapa. Ibubapalah yang menjadikan mereka muslim atau Kristian atau Yahudi atau Majusi. Zaman yang kita sedang hadapi sekarang ialah zaman penghujung bagi kehidupan manusia. Pada zaman ini segala bentuk kemungkaran dan keingkaran kepada Allah ta'ala timbul, subur dan bermaharajalela. Setiap individu terlibat di dalam penderhakaan. Tidak kira siapa. Hanya mereka yang dikehendaki Allah sahaja yang terselamat. Dan anak-anak ialah mangsa paling jinak untuk dipengaruhi. Di hadapan mata kita dapat kita lihat anak-anak yang sifat semulajadinya bersih, taat dan lembut bertukar menjadi tercemar, ingkar dan tidak beradab. Ini terjadi apabila mereka terdedah dengan alam persekolahan yang sistemnya disusun agar umat menjadi daripada Allah dan Rasulnya. Anak-anak yang menjadi muslim yang baik hanya segelintir, suatu jumlah yang hanya boleh dihitung menggunakan jari. Alam persekitaran dan pergaulan termasuk media yang secara tidak bersembunyi memadam cahaya agama dari muka umat Islam. Kita semua perlu sama-sama berusaha dengan apa jua cara untuk memastikan anak-anak kita membesar di dalam roh agama mereka sehingga dewasa.

alhuda.resources dengan ini mewujudkan sebuah entiti pendidikan agama untuk anak-anak muslim, sebuah kelas belajar al-Quran yang dinamakan 'Kelas Belajar al-Quran Raudhatul Huda' di Dewan Surau Kg Belah Dua, Permatang Pauh. Ia menyediakan pelajaran Iqra dan al-Quran, Tajwid, Fardhu Ain dan Bahasa Arab kepada kanak-kanak. Jika anda orang yang memberatkan pendidikan dan cara hidup beragama maka sudah tentu tidak sukar bagi anda mebelanjakan sedikit wang demi anak-anak. Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di talian 019 4608857.
Anak-anak ialah amanah dan pelaburan akhirat kita.

Rabu, 14 April 2010

Belajar Tajwid Untuk Semua di Permatang Pauh dan Bukit Mertajam

Marilah kita beramai-ramai belajar ilmu Tajwid secara praktikal lagi mudah. Butirannya ialah seperti berikut:

Tajuk Kelas : Belajar Tajwid Untuk Semua
Buku Pelajaran : Ilmu Tajwid Rasam Usmani oleh Abd Qadir Leong
Sasaran : Peserta yang berusia di antara 20 hingga 60 tahun.
Hari : Setiap Ahad
Masa : 8.45 pagi (selama 30 hingga 45 minit sahaja)
Tempat : Dewan Surau Kg Belah Dua, Permatang Pauh
Pertanyaan dan Pendaftaran Hubungi : 019 4608857

Matlamat utama kelas ini ialah :
1. Menyediakan kemudahan mempelajari ilmu Tajwid kepada semua lapisan masyarakat
2. Memberi peluang kepada golongan yang hanya mempunyai masa lapang pada hujung minggu
untuk mendalami ilmu agama
3. Belajar di dalam jangka waktu yang singkat pada satu-satu sesi bagi mengelakkan jemu,
memudahkan pemahaman serta hafalan dan berasa selesa untuk meneruskan aktiviti hujung
minggu selepas belajar



Isnin, 12 April 2010

alhuda. resources - Wadah Ilmu Islam Masyarakat Muslim

Jika kita bertanya, "Siapakah yang boleh memberitahu saya tentang bagaimana membaca al-Quran dengan betul?" atau "Apakah hukumnya menunda waktu solat kerana mengurus kedai?", maka sudah barang tentu kita berhajat kepada seseorang yang mengetahui tentang ilmu Tajwid atau ilmu Fekah. Jika kita beramal tanpa mengetahui hukumnya sudah barang tentu kita akan tersesat di dalam kejahilan. Kesesatan yang sudah barang tentu pula akan menunda kita ke pintu kemurkaan Ilahi.

Maka mempelajari ilmu agama kita adalah mesti dan wajib ke atas setiap kita. Namun dek kerana kesibukan menguruskan kehidupan seharian yang terdiri daripada urusan-urusan seperti urusan pekerjaan yang biasanya bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, urusan anak-anak dari segi manghantar mereka ke sekolah serta penyediaan makan minum dan lain-lain lagi telah memalingkan hati kita daripada melihat keperluan amalan agama kita sendiri. Jika keadaan seperti ini berterusan sehingga ke umur pencen sudah barang pasti kita telah melalui satu tempoh kehidupan dunia yang amat merugikan dan sia-sia - walaupun kita mungkin berkata saya menunaikan tanggungjawab keluarga sepanjang tempoh ini. Kita pada hakikatnya telah rugi kerana tempoh kemudaan - yang bermula dari usia 15 tahun hingga 50 tahun - telah kita gunakan hampir keseluruhannya untuk menunaikan tanggungjawab keduniaan kita. Manakala untuk tanggungjawab kerohanian diri sendiri ternyata amat-amat sedikit - itupun hanya sekadar solat fardhu selama lebih kurang 25 minit sahaja sehari. Maka adakah masa ibadah yang sesingkat itu sudah cukup buat memperbaharui dan membina hubungan kita dengan Tuhan? Adakah ibadah dengan masa sesingkat itu dapat memberi kita kekuatan iman di dalam mendepani dugaan hidup ini? Adakah kita sudah berasa bahawa Tuhan sudah suka kepada kita dengan hanya melihat kita menjinjing amalan yang sebanyak itu tatkala kita dihadapkan di hadapan-Nya pada Hari Kebankitan kelak?